Advertisement

  • MU Club Paling Bernilai
    LONDON: Manchester United terus mengekalkan kedudukan sebagai kelab paling bernilai di dunia, buat tahun keenam berturut-turut, demikian menurut keluaran terbaru Majalah Forbes hari ini.


    Majalah perniagaan Amerika itu memberikan kelab Britain yang kini dimiliki syarikat keluarga Glazer itu bernilai AS$1.8 bilion.

    Berdasarkan anggaran Forbes mengikut pertumbuhan tahunan, pendapatan dan tanggungan hutang musim 2008-2009, United muncul kelab sukan bola sepak paling bernilai di dunia. Real Madrid pula di tempat kedua dengan nilai AS$1.323 bilion, diikuti Arsenal ketiga (AS$1.181 bilion) - kedudukan sama ketiga-tiga kelab itu tahun lalu.

    Barcelona pula melonjak dari tempat ketujuh ke kedudukan keempat selepas memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dan juara Liga Sepanyol untuk dua musim berturut-turut.

    Bayern Munich pula turun di tempat kelima selepas nilai kelab dari Jerman itu merosot 11 peratus kepada AS$990 juta.
    Liverpool, yang di tempat keenam dengan nilai AS$822 juta, kini dibuka untuk pembelian selepas pemiliknya, Tom Hicks dan George Gillett Jr dari Amerika yakin pelaburannya berbaloi musim ini walaupun Liverpool terlepas beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

    Tempat ketujuh ialah AC Milan (AS$800 juta), Juventus (AS$656 juta), Chelsea (AS$646) dan Inter Milan (AS$413 juta)

    more
  • Ikona MAPS V6 Revolusi Baru Antivirus Ikona - Evolusi Terbaru Antivirus


    MENJAGA dan melindungi komputer sememangnya menjadi keutamaan semua pengguna peranti ini yang amat menitikberatkan aspek keselamatan daripada berlakunya pelbagai kecurian maklumat dan serangan virus.



    Sudah tentu pengguna tidak mahu peralatan komputer yang bernilai ribuan ringgit, rosak tanpa diketahui puncanya seterusnya mengakibatkan kerugian, apatah lagi menjejaskan aktiviti dan tugas pengguna tanpa adanya bantuan sewajarnya.

    Menyukarkan! Itu ungkapan ramai pengguna apabila ditanya mengenai ciri perbezaan setiap perisian keselamatan. Itu antara punca mengapa limpahan antivirus kini semakin dipandang remeh oleh semua pihak terutama pengguna di rumah.

    Di pasaran pengguna boleh memilih perisian yang menawarkan ciri-ciri keselamatan tinggi serta mudah diurus sendiri.

    Namun bagaimana pula pengetahuan pengguna ke atas antivirus yang dipilih? Tanpa sebarang nasihat dan pengetahuan, pastinya pengguna terus mengguna pakai antivirus yang tidak dikemaskini.

    Kebanjiran perisian keselamatan di pasaran menyebabkan kesukaran pengguna memilih dan menilai kekuatan serta jangka hayat perisian yang ingin diguna pakai.

    Terlalu banyak yang hendak dipilih sedangkan produk terbabit belum tentu mampu menghalang serangan virus.
    Ada pula perisian yang bertindak sebagai hab dengan menyebarkan virus ke komputer apabila ia wujud bersama antivirus terbabit.

    Perisian antivirus menggunakan teknologi padanan (signature) yang memerlukan kemas kini berterusan ke atas pangkalan padanan virus dan memerlukan 'patches' untuk memusnahkan setiap virus baru yang dikesan.

    Seandainya pengguna tidak mengemas kini komputer dengan 'patches' terbaru, bermakna perisian antivirus itu tidak mampu melindungi komputer daripada virus terbaru.



    Hampir 500 virus baru berlegar di ruangan Internet setiap bulan dan berdasarkan antivirus konvensional, ia mempunyai pertalian rapat dengan kemudahan Internet namun adakah semua pengguna mempunyai talian Internet dan adakah selamat sekiranya pengguna tidak mengemaskini pangkalan data virus?

    Ada yang beranggapan mustahil jika antivirus bertindak secara tunggal tanpa sokongan Internet kerana konsep perisian antivirus perlu adanya Internet untuk mengemas kini pangkalan data virus.
    Ketua Pegawai Operasi IkonaSoftware (M) Sdn Bhd, Mohamad Razali Salleh, berkata Ikona Maps (Malware Attack Prevention System) membuktikan tanpa capaian ke Internet, pengguna masih mampu melindungi seterusnya meringankan beban sistem operasi komputer tanpa perlu mengemas kini pangkalan data sepanjang masa.
    "Ikona Maps tidak menggunakan teknologi padanan atau logik 'heuristics.'
    "Ini bermakna pangkalan padanan virus secara tepatnya tidak wujud bagi mengenal pasti bentuk virus. "Antivirus yang berdasarkan logik 'heuristic' hanya memberi bayangan berjaya mengawal virus, tetapi kebanyakannya tidak dapat dikesan. Ia juga tidak mempunyai pangkalan data yang perlu dikemaskini bagi mengenali virus baru.
    "Justeru itu ia dianggap sebagai pelindung yang bergerak secara tunggal tanpa bantuan dan sokongan Internet. Perisian ini kemudian mencipta fail sumber yang mengandungi semua ciri dan identiti seluruh komponen sistem komputer terbabit," katanya.
    Menurut Razali, Ikona Maps menawarkan empat konsep keselamatan iaitu Anti Virus, Anti Spyware, Anti Malware dan Anti Hack dan setiap satunya mempunyai fungsi berbeza. Sifat melindungi, mengawal dan memusnahkan virus menjadi teras bagi setiap konsep keselamatan yang diterapkan penciptanya.

    Atas sifat ini, penyelesaian empat dalam satu disediakan untuk komputer, rangkaian dan peralatan mudah alih, malah ia sesuai digunakan pengguna rumah, organisasi dan perniagaan.

    Sistem pangkalan data tidak diperlukan kerana semua virus disenaraikan sebagai tidak dikenali (unknown). Apabila serangan berlaku setiap virus akan dikuarantin atau dihapuskan terus.

    Ia dianggap unik dan berbeza kerana kebanyakan antivirus memerlukan teknologi padanan bagi menyuai padan virus yang ditemui dengan bentuk yang wujud dalam pangkalan datanya.

    E-mel sebagai contoh terdekat antara serangan yang mudah diterima pengguna kerana kebiasaannya pengguna akan terus membuka e-mel sama ada mengetahui atau tidak mengetahui sumber e-mel terbabit.

    Dengan Ikona Maps, e-mel yang mempunyai virus akan terus dihalang dan dihapuskan sebelum ia sempat dibuka.

    "Kerajaan dan pihak swasta seharusnya telus menangani masalah serangan virus yang sememangnya dianggap sebagai masalah global hari ini.

    "Badan awamlah yang selalunya menjadi mangsa rakus penceroboh dan serangan virus tanpa henti.

    "Kita juga perlu sangsi dan bersedia dengan perubahan teknologi yang terhasil akibat penggunaan tanpa henti dan belum ada perisian keselamatan yang mampu menyekat sepenuhnya serangan virus dan kecurian maklumat," katanya.

    Ia turut dikaitkan dengan perkembangan virus, malware, kod berniat jahat (malicious), bot jahat dan pelbagai jenis cecacing yang bertindak menggodam komputer untuk mencuri maklumat.

    Kehilangan maklumat ini turut dikaitkan sebagai kebocoran data yang tidak diketahui pergerakannya.

    Kebocoran atau ketirisan data dirujuk sebagai data atau maklumat yang tidak dapat dilihat kehilangannya sama ada dimiliki organisasi atau individu.

    Apabila maklumat pengguna menjadi agenda serangan virus, agak mustahil bagi pengguna untuk menyelamatkan maklumatnya itu tanpa menggunakan antivirus yang mampu menyekat maklumat mengalir keluar.

    Ia adalah masalah hari ini yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu, organisasi dan kerajaan.

    "Negara kita terlalu bergantung kepada penggunaan teknologi luar negara sedangkan rakyat tempatan sendiri mampu menghasilkan dan mengeluarkan perisian yang bermutu, sesuai dengan corak perkembangan kemajuan negara.

    "Pengguna seharusnya bijak mencari dan memilih perisian antivirus yang mampu menangani segala masalah dan bukan hanya tertumpu kepada satu perkara saja. Sekiranya masalah teknologi mampu dikawal, pengguna berpeluang menerokai dunia teknologi tanpa tekanan," katanya.

    Justeru itu, Ikona Maps yang dihasilkan syarikat Bumiputera Malaysia diharapkan mampu melindungi hak peribadi pengguna daripada sebarang pencerobohan.

    Tugasannya itu termasuk mengawal keluar masuk data, pindah naik/turun data, melindungi salinan dan melindungi identiti data.

    Sesuai dengan aktiviti pelbagai organisasi dalam negara, ia boleh diubah mengikut kemahuan 'tuannya' atau pihak pengurusan yang tidak membenarkan sebarang capaian ke Internet di pejabat, komunikasi atas talian, bilik sembang serta pengaliran data dua hala.

    Cara ini mampu menghentikan salah guna Internet, Intranet dan VPN, malah menghalang kemasukan spyware, virus dan penggodam.

    Di samping itu, ia boleh meningkatkan produktiviti, sekuriti serta mengurangkan implikasi undang-undang.

    Menurut Razali, perisian tunggal yang berharga antara RM150 dan RM500 ini sudah mula dipasarkan dalam negara sejak awal September lalu.

    Bagi pihak yang berminat untuk mendekati produk syarikat IkonaSoftware ini bolehlah melayari laman web di www.ikonasoftware.com atau telefon 014-2271533 untuk sebarang pertanyaan.

    Fakta serangan virus

    > Sejak April 2009 dilaporkan ancaman Trojan W32/Dropper.PTD meningkat sehingga 66 peratus (Threatscape)

    > W32/Dropper.PTD dianggap sebagai trojan permainan atas talian yang paling agresif di Asia melibatkan China sebagai pendahulu dengan 44.86 peratus diikuti pula negara Thailand.

    > Jangkitan Conficker.C atau dikenali Worm_downad mampu merebak ke lebih 15 juta komputer seluruh dunia dengan paten bermula 5.885.00. (Trend Micro Inc)

    > Peningkatan malware dikesan sebanyak 450,000 dalam tempoh enam bulan pertama 2008 di Malaysia (F-Secure)

    more
  • Masalah download windows update bagi pirate version windows xp Humm.. ramai yang sangkakan windows update tak perlu bagi pirate version windows xp dan hanya mendatangkan masalah. Salah tu.. sebab pirate version windows lagi la lemah pada ‘attack’ dan most possibly pirate version windows xp telah di-bind dengan trojan? siapa tahu? antivirus boleh detect tak klau telah di-bind? percentage rate maybe boleh ‘as long as virus signature’ tu masih sama dengan yang asal, klau polymorphic virus camne? humm.. so, better replace file windows dengan original windows, dan salah satu caranya adalah dengan windows update. dont take risk. Windows update adalah penting bagi menutup masalah windows versi terdahulu yang di kenal pasti.
    Windows update bagi pirate version windows XP boleh di download dan install. Bahkan yang ter-install “windows genuine advantage notification” juga boleh dengan caranya tersendiri untuk memasukan license ke dalam registry (baca dibawah). Cuma, jangan download dan install dari microsoft windows update secara web-based. Gunakan “automatic update” dari windows.

    windows-update

    1) Bagi yang belum install “windows genuine advantage notification” atau belum pernah update sekali pun, pilih untuk update windows seperti di gambar sebelah. Dari masa ke semasa, windows akan mencari update yang terkini dan download ke pc buat simpanan sementara menunggu file update selesai. Selepas selesai download sepenuhnya, windows akan paparkan popup windows untuk pilihan issue yang perlu di-update. Sebaiknya, jangan memilih untuk ‘install windows genuine advantage notification’ tool, selain dari tu, dipersilakan install semua update.

    2) Bagi yang telah terinstall “windows genuine advantage notification” dan mempunyai masalah windows yang menunjukkan popup “Software counterfeiting – Not having genuine windows .. etc”, masuk ke dalam windows seperti biasa dan buka notepad, seterusnya salin registry patch di bawah dan save sebagai “_apa_saja_namafile_.reg” dan double click file tersebut dan “apply”. Reboot dan perhatikan windows XP tadi telah sembuh dari sakit. Code registry tersebut adalah seperti dibawah [ copy dan paste exactly ] -

    Windows Registry Editor Version 5.00


    [HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\WPAEvents]


    "OOBETimer"=hex:ff,d5,71,d6,8b,6a,8d,6f,d5,33,93,fd


    "LastWPAEventLogged"=hex:d5,07,05,00,06,00,07,00,0f,00,38,00,24,00,fd,02






    [HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion]


    "CurrentBuild"="1.511.1 () (Obsolete data - do not use)"


    "InstallDate"=dword:427cdd95


    "ProductId"="69831-640-1780577-45389"


    "DigitalProductId"=hex:a4,00,00,00,03,00,00,00,36,39,38,33,31,2d,36,34,30,2d,\


    31,37,38,30,35,37,37,2d,34,35,33,38,39,00,5a,00,00,00,41,32,32,2d,30,30,30,\


    30,31,00,00,00,00,00,00,00,00,0d,04,89,b2,15,1b,c4,ee,62,4f,e6,64,6f,01,00,\


    00,00,00,00,27,ed,85,43,a2,20,01,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,\


    00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,31,34,35,30,34,00,00,00,00,00,00,00,ce,0e,\


    00,00,12,42,15,a0,00,08,00,00,87,01,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,\


    00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,00,94,a2,b3,ac


    "LicenseInfo"=hex:9e,bf,09,d0,3a,76,a5,27,bb,f2,da,88,58,ce,58,e9,05,6b,0b,82,\


    c3,74,ab,42,0d,fb,ee,c3,ea,57,d0,9d,67,a5,3d,6e,42,0d,60,c0,1a,70,24,46,16,\


    0a,0a,ce,0d,b8,27,4a,46,53,f3,17

    more
  • Harapan Gunners berakhir, Chelsea belum mengalah LONDON - Arsenal melepaskan peluang keemasan untuk kembali menyaingi kejuaraan Liga Perdana England apabila Wigan menjaringkan gol ketiga dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan ketika menumbangkan Gunners 3-2 di Stadium DW, semalam.


    Sementara itu, Chelsea belum panik walaupun kelebihan mereka di tangga teratas kini mengecil hanya kepada satu mata apabila, tunduk 1-2 kepada Tottenham Hotspur, kelmarin.

    Perlawanan kelmarin juga menyaksikan ke tua pasukan Chelsea, John Terry diperintah keluar padang selepas menerima dua kad kuning pada babak kedua, selepas dia memberikan sepakan penalti pada babak pertama.

    Di Stadium DW, Jaringan Theo Walcott dan Mikael Silvestre memberikan pasukan Arsene Wenger mendahului 2-0 sehingga minit ke-48.

    Namun, Ben Watson mengurangkan jurang pada minit ke-80 untuk mula meleburkan harapan Gunners.

    Kesilapan penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski memberikan Wigan gol penyamaan pada minit ke-89 apabila penjaga gol Poland itu gagal menyelamatkan sepakan sudut menyebabkan bola tepat kepada Titus Bramble, yang mudah menanduk masuk.

    Pada masa kecederaan, sayap Charles N'Zogbia melepaskan sepakan lencung dari hujung kotak penalti Arsenal, melepasi Fabianski untuk mengecewakan anak buah Wenger.

    Kekalahan Arsenal itu merupakan yang ketiga berturut-turut - menyebabkan kelab utara London itu enam mata di belakang pendahulu Chelsea - dengan baki tiga perlawanan sekali gus melenyapkan harapan kejuaraan mereka.

    Kebangkitan Wigan bererti pasukan Roberto Martinez itu kini kurang tujuh mata dari zon penyingkiran dan pada dasarnya terjamin untuk kekal semusim lagi. - AFP

    more
  • Beregu muda cipta kejutan
    KUALA LUMPUR - Pasangan beregu muda negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melakar kejutan apabila muncul juara setelah menewaskan pasangan beregu campuran Korea, Yoo Yeon Seong dan KimMinJung pada Kejohanan Badminton Asia di New Delhi, India, semalam.
    Pasangan remaja negara itu tampil dengan aksi yang cukup menyakinkan apabila mengutip mata pada set pertama dengan kemenangan 21-17.

    Namun, hajat mereka untuk menamatkan perlawanan lebih awal tergendala, apabila pasangan Korea, yang juga merupakan pilihan keenam kejohanan berjaya memberikan saingan sengit dan memenangi set kedua 22-20.
    Namun, pasangan negara, pilihan ketujuh kejohanan tidak mudah berputus asa sekali pun dipaksa beraksi dalam set penentuan, apabila mengekalkan rentak kecemerlangan dengan kemenangan 21-19.
    Kemenangan yang dicatat dalam tempoh 1 jam enam minit itu, sekali gus menobatkan Peng Soon-Liu Ying sebagai juara Asia dan ia merupakan kejayaan pertama di pentas antarabangsa sejak digandingkan, dua tahun lalu.
    Sementara itu, walaupun tewas, kejayaan satu lagi pasangan beregu muda, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei melangkahkan ke perlawanan akhir beregu wanita, sekurang-kurangnya memberi nafas baru buat skuad badminton wanita negara.

    Kah Mun-Khe Wei tewas mudah kepada pasangan China, Pan Pan dan Qing Tian dalam perlawanan straight set, 21-10, 21-6 yang berlangsung dalam tempoh 27 minit.

    Kini beban yang sering digalas oleh pasangan senior, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui di pentas antarabangsa sudah boleh dipikul bersama pasangan muda, Kah Mun-Khe Wei.

    Kejayaan kedua-dua beregu muda negara itu memberi jawapan positif buat kem badminton negara yang sedang dalam persiapan bagi menghadapi Piala Thomas dan Uber pada 9 hingga 16 Mei ini di Kuala Lumpur.

    Sementara itu, pada saingan akhir perseorangan wanita menyaksikan pertembungan dua jaguh China, Li Xuerui menentang Liu Xin yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Li Xuerui 21-13, 18-21, 21-19.

    Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki pula, China meneruskan dominasi apabila juara dunia, Lin Dan menewaskan rakan senegara Wang Zhengming dengan keputusan 21-17, 21-15.

    Pada perlawanan akhir beregu lelaki, pasangan beregu Korea, Cho Gun Woo dan Yoo Yeon Seong mencatat kemenangan mengejut apabila menewaskan pasangan Taiwan yang merupakan pilihan pertama kejohanan, Chen Hung Ling dan Lin Yu Lang 21-19, 12-21, 21-17

    more

Mutiara Kata

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan



"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."



"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."



"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

Blog Archive

Chat

Admin Status

Follow Me

MiPower Cafe's Fan Box

MiPower Cafe on Facebook