Advertisement

  • Harapan Gunners berakhir, Chelsea belum mengalah

    LONDON - Arsenal melepaskan peluang keemasan untuk kembali menyaingi kejuaraan Liga Perdana England apabila Wigan menjaringkan gol ketiga dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan ketika menumbangkan Gunners 3-2 di Stadium DW, semalam.


    Sementara itu, Chelsea belum panik walaupun kelebihan mereka di tangga teratas kini mengecil hanya kepada satu mata apabila, tunduk 1-2 kepada Tottenham Hotspur, kelmarin.

    Perlawanan kelmarin juga menyaksikan ke tua pasukan Chelsea, John Terry diperintah keluar padang selepas menerima dua kad kuning pada babak kedua, selepas dia memberikan sepakan penalti pada babak pertama.

    Di Stadium DW, Jaringan Theo Walcott dan Mikael Silvestre memberikan pasukan Arsene Wenger mendahului 2-0 sehingga minit ke-48.

    Namun, Ben Watson mengurangkan jurang pada minit ke-80 untuk mula meleburkan harapan Gunners.

    Kesilapan penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski memberikan Wigan gol penyamaan pada minit ke-89 apabila penjaga gol Poland itu gagal menyelamatkan sepakan sudut menyebabkan bola tepat kepada Titus Bramble, yang mudah menanduk masuk.

    Pada masa kecederaan, sayap Charles N'Zogbia melepaskan sepakan lencung dari hujung kotak penalti Arsenal, melepasi Fabianski untuk mengecewakan anak buah Wenger.

    Kekalahan Arsenal itu merupakan yang ketiga berturut-turut - menyebabkan kelab utara London itu enam mata di belakang pendahulu Chelsea - dengan baki tiga perlawanan sekali gus melenyapkan harapan kejuaraan mereka.

    Kebangkitan Wigan bererti pasukan Roberto Martinez itu kini kurang tujuh mata dari zon penyingkiran dan pada dasarnya terjamin untuk kekal semusim lagi. - AFP

0 ulasan:

Leave a Reply

Mutiara Kata

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan



"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."



"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."



"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

Blog Archive

Chat

Admin Status

Follow Me

MiPower Cafe's Fan Box

MiPower Cafe on Facebook