Advertisement
-
Lotus semakin meningkat
KUALA LUMPUR - Lotus Racing menamatkan satu lagi perlumbaan dengan persembahan mantap apabila Heikki Kovalainen berada di dalam kelompok pasukan yang kukuh pada kejuaraan Formula Satu (F1) Grand Prix China, semalam.
Kovalainen berjaya menempatkan diri pada kedudukan ke-14, setelah bersaing sengit dengan pemandu Williams, Nico Hulkenberg, serta tindakan berani untuk terus bertahan dengan tayar kering, meskipun pemandu lain mengambil keputusan menukar tayar.
Sebaliknya, nasib malang terus menyelubungi seorang lagi pemandu Lotus, Jarno Trulli yang gagal menamatkan perlumbaan.
Kovalainen, yang memandu kereta T127-01, No. 19, menghabiskan perlumbaan dengan masa 1:47.141s.
"Ini merupakan cara yang terbaik untuk membuat kesimpulan terhadap empat perlumbaan pertama kami.
"Saya fikir, kami telah membuat strategi yang tepat hari ini, yang mana ia merupakan suasana yang penuh sukar.
'Kedudukan permulaan juga bagus kerana kami sekali lagi di depan pasukan baru, malah kali ini kali mampu bersaing dengan Williams.
"Keputusan untuk kekal menggunakan tayar kering dilakukan oleh saya dan rakan pasukan.
Litar tidaklah begitu basah untuk menukar tayar dan sejurus selepas perlumbaan bermula, saya melihat hujan semakin renyai, jadi kami bersetuju untuk kekal dengan perancangan asal.
"Pasukan lain yang menukar kepada tayar basah tentu sekali bergelut, sebab itu kami mampu berada lebih baik kali ini.
''Namun, ia tidak akan selalu terjadi kepada kita, tetapi hari ini, ia menunjukkan kami sepasukan yang baik dengan membuat keputusan yang tepat.
''Saya amat bangga, dengan semua orang di Lotus Racing dan semua para peminat,'' katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, ketua pasukan, Datuk Tony Fernandes pula ternyata gembira dengan pencapaian di Shanghai.
"Saya amat gembira kerana hari ini kami telah melengkapkan apa yang kami mahu lakukan.
''Kami mahu sekurang-kurangnya satu kereta beraksi hebat dalam empat perlumbaan pertama dan kami berjaya lakukan," kata Tony.
''Namun kejayaan manis ini tetap ada pahitnya.
"Ia tentu sekali keputusan yang baik buat Heikki tetapi amat memalukan buat Jarno.
'Amat pelik, kerana apa yang terjadi hanyalah pada keretanya.
"Keadaan hari ini membuatkan suasana begitu tertekan, namun sangat memuaskan kerana memperlihatkan perkembangan kerana hari ini, kami berlumba dengan Williams.
"Malah, kami lihat impian Lotus Racing juga bertebaran di China, Asia dan serata dunia. Kami lihat banyak bendera pasukan berdiri megah dan berharap tahun hadapan banyak lagi peminat yang bersorak buat kita," kata Tony.
0 ulasan: